Thursday, 3 May 2012

mama...

Orang kata aku lahir dari perut mama..
Bila dahaga, yang susukan aku.. mama
Bila lapar, yang suapkan aku..mama
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mama
Kata mama, perkataan pertama yang aku sebut.. ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. mama
Bila nangis, orang pertama yang datang ..mama
Bila nak bermanja… aku dekati mama
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah mama
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya mama
Bila nakal, yang memarahi aku… mama
Bila merajuk… yang memujukku cuma..mama
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..mama
Bila takut… yang tenangkan aku.. mama
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..mama
Aku selalu teringatkan ..mama
Bila sedih, aku mesti talipon… mama
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… mama
Bila bengang.. aku suka luah pada ..mama
Bila takut, aku selalu panggil.. “mamaaaaaaaaaaa! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..mama
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga mama
Bila buat hal, yang marah aku dulu..mama
Bila ada masalah, yang paling risau.. mama
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mama
 Yang selalu masak makanan kegemaranku. . mama
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, mama
Yang selalu berleter kat aku.. mama
Yang selalu puji aku.. mama
Yang selalu nasihat aku.. mama
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… mama

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari mama
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada mama
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat mama
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah mama
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… mama ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon mama
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk mama

Renungkan:

Dulu mama kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk mama? mama
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau mama mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi mama
sudah tiada.

No comments:

Post a Comment