assalamualaikum diary....
hari nie aku betul2 stress...u know y? coz pegawai aku betul2 dah nekad nk kawin ngn aku sdgkan aku x penah bagi ape2 harapan n persetujuan kat dia.... tambah merumitkan keadaan bile dia dengan beraninya menyatakan hasrat hati dia kat wife n anak2 dia.... dia seolah2 begitu yakin dpt memiliki hati aku.... penat aku pujuk die supaya melupakan hasrat tu... air mata aku mcm sungai yang mengalir tanpa henti... aku betul2 x sanggup untuk berkongsi kasih... apatah lagi die merupakan pegawai aku... disebabkan itu, wife die tepon aku n marah2 kat aku...salah aku ker diary??? perlu ker aku jelaskan pada semua yang aku x bersalah??? aku ker yang patut dipersalahkan bile orang lain jatuh sayang pada aku sedangkan aku x penah harap apatah lagi memujuk rayu untuk menagih kasih suami org... aku betul2 buntu.... sehinggalah petang tadi aku buat keputusan drastik untuk minta ditukarkan tempat bertugas... sebabnya??? aku x takut ngn wife die... tapi aku takut aku x boleh fokus pada tugas aku nanti... aku x mahu kekusutan fikiran aku akan membinasakan diri aku sendiri... nk tahu kenapa? sebabnya sewaktu aku bertugas, senjata api sentiasa tersisip kemas di pinggang aku... aku takut bile aku hilang pertimbangan ditambah pula dengan hasutan syaitan, senjata tu aku gunakan untuk binasakan diri aku dan org lain... ko nk tau x diary, aku menempuhi dugaan nie seorg diri... aku x bagi tahu family aku walaupun aku dalam keadaan tertekan...sampai mama pon x boleh kesan rasa hati aku... aku menangis setiap kali aku teringat peristiwa nie... aku terfikir, mungkinkah Allah itu menjanjikan kebahagiaan untuk aku setelah aku penat dan lelah menempuhi segala rintangan dalam perjalanan hidup aku yang panjang.... kadang2 aku seolah2 menyalahkan takdir bila mana hati aku diuji.... aarrrggghhhh.... sampai bila dan di mana agaknya pengakhiran dugaan untuk aku nie....Ya Allah, aku hamba yang paling kerdil disisi-Mu..maafkan aku andainya selama ini aku khilaf dlam menjalankan kewajipanku sebagai hambamu.... Ya Allah,hadiahkanlah secebis kebahagiaan dan kasih sayang dari-Mu untukku... zahirku tampak kuat dan tabah.... hakikatnya, jiwaku rapuh serapuh dahan yang usang.... :-''''(
* aku harap ini semua mimpi... tapi rupanya realiti... dugaan hidup buat insan yang menjadi pilihan ILAHI untuk diuji.... semoga aku tabah menempuhi sehingga ke destinasi... harapku hadirnya insan bernama lelaki yang sudi menemani kesepian hati ini...
No comments:
Post a Comment